Ketua Tridharma Komda Sumut Hadiri Perayaan HUT Dewa Tai Poh Kong di Vihara San Ciang Miu George Town

oleh

Rimbunnews.com – George  Town Pulau Penang – Suasana penuh khidmat dan meriah menyelimuti Vihara San Cian Miu yang berlokasi  di 5, Lintang Macallum 2, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia,  perayaan Hari Ulang Tahun (HUT) Dewa Tai Poh Kong.

Perayaan ini dihadiri oleh para umat, pengurus vihara, serta para tamu undangan dari berbagai vihara dan persatuan Tionghoa di Pulau Pinang dan sekitarnya

Acara tersebut turut dihadiri Ketua Tridharma komda Sumut Budi Malem SMt  didampingi  pengurus Cetiya Tisa Medan Johan SH.

Sejak pagi, umat mula berdatangan untuk bersembahyang, memasang dupa, dan memanjatkan doa memohon keselamatan, kesihatan, kelancaran rezeki, dan keharmonian keluarga.

Baca juga  46 Hari Polda Sumut Bongkar 981 Kasus Narkoba, 1.311 Tersangka Ditangkap

Vihara San Ciang Miu dikenali sebagai vihara bagi masyarakat Hokkien Hui’an dari Quanzhou, Fujian, China. Nama “San Jiang” diambil dari vihara asal Tai Poh Kong di Hui’an yang menghadap tiga sungai. Dewa Tai Poh Kong yang dipuja di sini merupakan tiga jenderal Dinasti Tang yang didewakan  Jenderal Bao, Jenderal Ti, dan Jenderal Qiu yang dikenali sebagai Dewa Penyelamat Agung.

Rangkaian acara HUT diisi dengan upacara sembahyang bersama, persembahan dupa naga, persembahan buah-buahan dan kue, serta doa bersama yang dipimpin oleh pengurus vihara. Suasana kekeluargaan amat terasa, dengan para umat saling membantu dan bergotong-royong menjayakan perayaan tahunan ini.

Kehadiran para tamu dari pelbagai vihara turut mempereratkan tali silaturahmi antara umat dan pengurus vihara di Pulau Pinang. Perayaan ini bukan sahaja menjadi momen keagamaan, tetapi juga menjadi wadah untuk memelihara budaya, tradisi, dan warisan leluhur Tionghoa.

Baca juga  Prof. Budi Setiyono : Pendidikan Tinggi  Punya Peran Penting Optimalkan Bonus Demografi dan Pencapaian Pertumbuhan Ekonomi 8%

Acara ditutup dengan lelang  bersama dan pembahagian berkat kepada para umat yang hadir. Pengurus Vihara San Ciang Miu mengucapkan terima kasih kepada semua umat dan tamu yang telah hadir dan menyokong perayaan HUT Dewa Tai Poh Kong tahun ini.

Semoga dengan berkah Dewa Tai Poh Kong, semua umat sentiasa diberi kesihatan, keselamatan, kelancaran rezeki, dan kebahagiaan.

Acara tersebut diakhiri dengan foto bersama ketua vihara/ klenteng SAN CIANG MIAU, Dato Tau Leong Seng,bKetua vihara/ Klenteng Khun seng, Anggota Shelly neoh.Mr Poh Heng, Ketua Tridharma komda Sumut Budi Malem SMt  dan Cetiya Tisa Medan Johan SH.(Mabhirink Gutul)